27Jun 2012..perasaan kami bercampur baur antara sedih dan gembira..sedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anak dan keluarga dan terpaksa mengorbankan cuti sekolah selama 2 minggu..namun, dalam masa yang sama kami turut merasa gembira kerana ini adalah semester terakhir kami mengikuti program Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa. Selepas ini, kami boleh bercuti dengan aman..hehe
Hari pertama mengikuti kuliah sangat memenatkan kerana kelas bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Kemudian kami telah mendapat asignment yang perlu disiapkan untuk dibentangkan pada hari esok..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami pada masa itu. Tapi demi semangat yang kental kami berjaya juga menempuhinya.
Mengikuti kelas Technology in Education adalah salah satu subjek yang sangat menguji kami...bagi subjek ini kami mesti mempelajari teori-teori berkenaan dengan teknologi. dalam masa yang sama kami diberikan asignment menyiapkan blog dan power point.. dengan diri kami yang x berapa 'celik it'ini menjadikan ianya satu tugas yang sangat mencabar. tetapi alhamdulilah..berkat pertolongan dan kerjasama dari kawan-kawan kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan...maka terbentukla blog "Guru Sejarah Berkaliber"
No comments:
Post a Comment